ATOK naik kereta Che Sham dengan Busu Ham di tempat duduk belakang. Che Sham yang drive, masa tu nak pergi rumah arwah moyang di Muar..di kiri kanan jalan masih ada orang mengerjakan sawah..ramai yang dah tinggalkan bendang kerana dah banyak sumber pendapatan lain sebagai pilihan.. kalau tidak, alangkah cantiknya pemandangan sawah padi menguning atau menghijau di kiri kanan perjalanan kami pulang ke kampung halaman.. Atokjuga ralat sebab pembangunan membuatkan ramai orang menjual sawah bendang untuk mendapatkan wang ringgit yang kalau di kira tak seberapa kalau dibandingkan dengan nilai berbudi pada tanah. Tapi mungkin juga desakan hidup waktu itu memungkinkan segalanya tergadai..orang muda berlumba-lumba ke bandar tak siapa mahu kerja berat lagi.
Pak Uda Awang , abang ke 3 mama, tinggal bersama moyang, sejak kecil dan dialah yang paling banyak pengalaman mengerjakan sawah moyang...Pak Uda selalu rasa dia dipinggirkan dari famili kerana nenek tak bela dia sejak kecil...itu cuma anggapannya sahaja. Dek kerana rasa kasih sayang yang tebal seorang ibulah maka PakUda ditinggalkan dengan moyang. Menurut nenek, Pak Uda berbadan kecil dan kurus sangat berbanding Pak Long Atan dan Pak Ngah Dud...Selalu kena buli dengan mereka berdua yang sangat nakal dan lasak waktu kecil..Pak Long tu puas kena masukkan dalam guni dan digantungkan ke atas sebab terlalu nakal..Kalau burung nampak dia, tengah terbang pun patah balik sebab nampak lastik yang sentiasa ada di tangannya.. Mereka selalu bergusti berdua hingga selalu sangat kena tidur di luar rumah...Kalau budak kecil selalu ditakutkan dengan hantu tapi hantu pun tak berani dekat dengan dia orang....Kalau term zaman sekarang "Hyperaktif"...
Kami selalu ke rumah moyang kerana nenek nak menjenguk anaknya yang sorang tu lah...Kalau masa kecil-kecil dulu pantang cuti sekolah. Samada naik bas beramai-ramai satu famili atau Atok Pak Andak ke Atok Pak Ngah ke Atok Busu yang mengambil kami dengan kereta...Mama lah penanti setia musim cuti sekolah...Tak sabar-sabar nak balik kampong kerana ada yang menanti di kampong...Nak tau apa?..Sawah lahhh..
Mama sanggup pakai kasut sekolah biar pun tak ada kasut baru asalkan sampai ke kampong..Bayangkan kalau dah ramai-ramai naik bas, pakai seragam, tak macam team bola sepak ke? Arwah Atok selalu belikan kami pakaian raya satu warna satu citarasa dan selalunya pastinya satu KODI....he he he....Anak-anak mama pasti tak biasa dengar istilah satu kodi kan?...Fesyen aje yang boleh pilih sendiri...Selalunya mama akan tengok majalah fesyen WANIT..Sekarang selalu dengar SATU MALAYSIA ajelah ya? Eh! Bukan 2 Malaysia ke? Malaysia Barat dan Malaysia Timur....? Ya lah tuuu...mana ada 2Malaysia dalam dunia ni.....cuma terpisah oleh lautan aje kannn....Nak menyatukan yang terpisah oleh keadaan geografi sangat senang, cuma set minda, kita menggunakan satu nama tapi nak menyatukan rakyat yang berbilang kaum perlu ada persefahaman dan semangat toleransi yang tinggi..jadi di mana punca suis untuk itu kalau bukan datangnya dari hati nurani yang tulus dan ikhlas....Allah s.w.t memandang hambaNYA pada hati yang umpama cermin....betul ke? Jadi sucikanlah hati dengan berbalik kepada YANG MAHA ESA kepada AJARAN ISLAM YANG SELAMAT DAN SEJAHTERA.....iNSYAALLAH, BUKAN HANYA 1 MALAYSIA TAPI 1 DUNIA.. KITA TAKLUK DI BAWAH NAUNGAN YANG MAHA BERKUASA......
Sebaik saja sampai ke kampong, selepas makan beras baru moyang yang segar, yang ditumbukdengan lesung kaki (kerja mama menampi....nak main lesung tak dibenarkan,..ringan sangat, moyang kata...) mama akan minta izin nak ke sawah dulu yang letaknya sebatu dari rumah moyang..Selalu nya moyanglah yang ambilalih kuasa nak kawal kami yang nakal-nakal ni...Selalunya moyang akan kata nanti dulu..dah JENGK ALA ni..suruh masuk rumah mandi dan esuk pagi je ikut dia...Hari dah JENGKALA tu maksud nya sudah senjakala...nak dengar lagu senjakala tak?
Sekarang sudah petang, hari sudah senja
Hari sudah senja
Marilah kita pulang
Esok datang lagi..
Senjakala senjakala esok datang lagi........

No comments:
Post a Comment