Tuesday, October 13, 2009


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Friday, September 11, 2009

KENANGAN BERSAMAMU ABAH....

Malam -malam akhir ramadhan ni, teringat sangat lah kat arwah-arwah mereka yang suatu masa dulu bersama mama.....Atok, Che Sham...dan raya 2009 ni genap Hisham, adik nombor 10 meninggalkan kami di petang raya pertama...tengok kereta merah di depan rumah ni kita tu, teringat suatu kisah suatu hari bersama arwah Atok dan Che Sham..

ATOK naik kereta Che Sham dengan Busu Ham di tempat duduk belakang. Che Sham yang drive, masa tu nak pergi rumah arwah moyang di Muar..di kiri kanan jalan masih ada orang mengerjakan sawah..ramai yang dah tinggalkan bendang kerana dah banyak sumber pendapatan lain sebagai pilihan.. kalau tidak, alangkah cantiknya pemandangan sawah padi menguning atau menghijau di kiri kanan perjalanan kami pulang ke kampung halaman.. Atokjuga ralat sebab pembangunan membuatkan ramai orang menjual sawah bendang untuk mendapatkan wang ringgit yang kalau di kira tak seberapa kalau dibandingkan dengan nilai berbudi pada tanah. Tapi mungkin juga desakan hidup waktu itu memungkinkan segalanya tergadai..orang muda berlumba-lumba ke bandar tak siapa mahu kerja berat lagi.


Pak Uda Awang , abang ke 3 mama, tinggal bersama moyang, sejak kecil dan dialah yang paling banyak pengalaman mengerjakan sawah moyang...Pak Uda selalu rasa dia dipinggirkan dari famili kerana nenek tak bela dia sejak kecil...itu cuma anggapannya sahaja. Dek kerana rasa kasih sayang yang tebal seorang ibulah maka PakUda ditinggalkan dengan moyang. Menurut nenek, Pak Uda berbadan kecil dan kurus sangat berbanding Pak Long Atan dan Pak Ngah Dud...Selalu kena buli dengan mereka berdua yang sangat nakal dan lasak waktu kecil..Pak Long tu puas kena masukkan dalam guni dan digantungkan ke atas sebab terlalu nakal..Kalau burung nampak dia, tengah terbang pun patah balik sebab nampak lastik yang sentiasa ada di tangannya.. Mereka selalu bergusti berdua hingga selalu sangat kena tidur di luar rumah...Kalau budak kecil selalu ditakutkan dengan hantu tapi hantu pun tak berani dekat dengan dia orang....Kalau term zaman sekarang "Hyperaktif"...

Kami selalu ke rumah moyang kerana nenek nak menjenguk anaknya yang sorang tu lah...Kalau masa kecil-kecil dulu pantang cuti sekolah. Samada naik bas beramai-ramai satu famili atau Atok Pak Andak ke Atok Pak Ngah ke Atok Busu yang mengambil kami dengan kereta...Mama lah penanti setia musim cuti sekolah...Tak sabar-sabar nak balik kampong kerana ada yang menanti di kampong...Nak tau apa?..Sawah lahhh..

Mama sanggup pakai kasut sekolah biar pun tak ada kasut baru asalkan sampai ke kampong..Bayangkan kalau dah ramai-ramai naik bas, pakai seragam, tak macam team bola sepak ke? Arwah Atok selalu belikan kami pakaian raya satu warna satu citarasa dan selalunya pastinya satu KODI....he he he....Anak-anak mama pasti tak biasa dengar istilah satu kodi kan?...Fesyen aje yang boleh pilih sendiri...Selalunya mama akan tengok majalah fesyen WANIT..Sekarang selalu dengar SATU MALAYSIA ajelah ya? Eh! Bukan 2 Malaysia ke? Malaysia Barat dan Malaysia Timur....? Ya lah tuuu...mana ada 2Malaysia dalam dunia ni.....cuma terpisah oleh lautan aje kannn....Nak menyatukan yang terpisah oleh keadaan geografi sangat senang, cuma set minda, kita menggunakan satu nama tapi nak menyatukan rakyat yang berbilang kaum perlu ada persefahaman dan semangat toleransi yang tinggi..jadi di mana punca suis untuk itu kalau bukan datangnya dari hati nurani yang tulus dan ikhlas....Allah s.w.t memandang hambaNYA pada hati yang umpama cermin....betul ke? Jadi sucikanlah hati dengan berbalik kepada YANG MAHA ESA kepada AJARAN ISLAM YANG SELAMAT DAN SEJAHTERA.....iNSYAALLAH, BUKAN HANYA 1 MALAYSIA TAPI 1 DUNIA.. KITA TAKLUK DI BAWAH NAUNGAN YANG MAHA BERKUASA......


Sebaik saja sampai ke kampong, selepas makan beras baru moyang yang segar, yang ditumbukdengan lesung kaki (kerja mama menampi....nak main lesung tak dibenarkan,..ringan sangat, moyang kata...) mama akan minta izin nak ke sawah dulu yang letaknya sebatu dari rumah moyang..Selalu nya moyanglah yang ambilalih kuasa nak kawal kami yang nakal-nakal ni...Selalunya moyang akan kata nanti dulu..dah JENGK ALA ni..suruh masuk rumah mandi dan esuk pagi je ikut dia...Hari dah JENGKALA tu maksud nya sudah senjakala...nak dengar lagu senjakala tak?

Sekarang sudah petang, hari sudah senja
Hari sudah senja
Marilah kita pulang
Esok datang lagi..

Senjakala senjakala esok datang lagi........




ERTI KASIHSAYANG








"Ayish, mama ada satu surprise kat Ayish,cuba
tengok ni..teng teng teng....apa ni"...Mama masih ingat saat mama hulur bekas plastik bubur yang transparent kat Ayish yang sedang terpisat-pisat mata yang baru terbuka mama kejutkan, pagi Sabtu lepas...mata Ayish terbeliak tengok surprise...lantas menjerit...
"Grasshopper!!..mana mama dapattt..?"..mama senyum senang dapat membuat Ayish gembira..
"Kat bakul mainan di luar,dia terbang ke dalam kereta mama yang terbuka..mama tangkaplah..Ayish nak bela?"...panjang lebar mama menerangkan dan mama tahu pas ni Ayish pasti terus nak tengok internet kaji tentang grasshopper lak dan mama dah caj laptop awal-awal.
Mujur dia tak buka dan ukur macam kumbang tanah tempohari..

Sejak pagi tu anak mama sorang ni tak henti-henti menyoal tentang grasshopper...kira kaki dia berapa dan asyik membelek dan sesekali ketawa melihat belalang kunyit tu melompat.
"Mama apa kita nak namakan grasshopper ni.."tiba-tiba Ayish terfikir yang makhluk Allah seekor ni tak bernama lagi..dah bela masuk hari ke 3 kan..ya tak ya nya...

"Apa kata kita bagi dia nama LOMPAT sebab dia suka melompat...lompatannya pun tak jauh.."...
"Mama, dia boleh terbang tak?tapi nape mata dia cam mata lalat..."
"Itu mata kumpuan namanya..."
"Lompat boleh terbang tapi tak jauh dan dia akan berhenti..lebih banyak melompat...."
"Grasshopper makan daun mama, daun apa kita nak bagi?"
"Cuba bagi daun mangga yang gugur tu , dia makan tak.."
Selang beberapa jam Ayish menjerit.."mama tengok tengok sini..dia dah makan daun ni.." Ayish gembira dan ketawa...

"Sudah hari ke 5 kita bela Lompat..nampak macam Lompat makin kurus kan..."
"Nape dia kurus mama?"
"Dia tak cukup makan, tak minum dan tak cukup udara...Ayish sayang dia tak?"
"Sayang..Ayish nak bela dia sampai gemuk semula...."
"Kalau Ayish sayang dia tentu Ayish tak mau dia mati kan...?"
''Ehmm.." mama tengok Ayish sedih..
"Kalau kita sayang kita tak mau dia mati.Kalau terkurung tak cukup makan , udara,air...kalau sayang biar dia bebas..dapat hidup lagi baik.."
"tapi saya dah bagi dia makan.."
"Tak cukup dengan satu daun je..mungkin dia tak sesuai dengan makanan satu jenis je..kat luar dia boleh pilih macam-macam daun, dia boleh minum air hujan..dia boleh happy melompat ke sana sini..."
Lama juga Ayish termenung dan akhirnya akur..
"Nanti dia datang balik tak mama..."
"Ya...kalau Ayish bebaskan dia, dia mungkin dapat hidup lebih lama dan tentu dia sayang Ayish dan dia datang semula cakap THANK YOU AYISH..."
Ayish dapat terima dan pagi semalam mama dan Ayish buka penutup bekas simpan Lompat dan biarkan Lompat keluar sendiri di batang pokok tepi tembok depan..perlahan-lahan Lompat keluar dan sampai petang Lompat masih ada di pokok menjalar tuu....

Apa yang mama buat ni semua untuk sekadar mengajar Ayish mengenali lebih dekat makhluk ciptaan Allah, mengkaji dan menghargai setiap ciptaan NYA...

Selepas berbuka puasa tadi, Ayish tanya satu soalan yang buat mama garu kepala tak gatal...

"Mama, sekarang syaitan kena ikat kan, nanti kalau dia lepas dia boleh masuk syurga tak?"
"Tak...syaitan masuk neraka..sebab Allah dah benarkan dia kacau kita..dia nak ajak kita masuk neraka sama-sama..sebab tu kita tak mau ikut syaitan, dia jahat...sebab tu kita kena baca doa jauhi syaitan, jangan ikut perangai syaitan.."

Tapi kan kesian dia masuk neraka ...nanti dia sakit panas kena bakar..kena gigit ular rasaksa jahat,malaikat tolak dia masuk neraka..ABoldyish nak bawak syaitan masuk syurga..boleh tak mama???

"macam mana Ayish nak bawa dia masuk syurga?"
"Ayish ajaklah dia buat baik..jangan jahat-jahat lagi..."...

????????????????????????????????????????????????????

Wednesday, September 9, 2009

ALHAMDULILLAH..ANAKKU DAH PANDAI SOLAT

Ya Allah..kupanjatkan rasa syukur teramat sangat. Ayish dah pandai solat sendiri..Terima kasih Ya Rabbii kerana memberiku ketabahan mendidik anak2 ku dari yang sulung sampai yang kecil ni..Moga-moga bekalan dan didikan yang kuberi ini akan berterusan setelah ketiadaanku kelak..Bulan 0ktober ni Ayish 6 tahun kan?

Siang tadi mama pasang cabinet plastik yang dibeli malam semalam. Ayish jadi pembantu sekejap. Mama pasang rangka cabinet dulu...tiba-tiba Ayish tanya mama macam mana nak rasa tuhan..mama jawab tak ada tuhan, yang ada hanya Allah..Ayish nak tau Allah tu kat mana...hmm, Allah tu ada dekat sangat dengan kita..Ayish nak rasa kat mana Allah..Ayish tiup..ada rasa apa?..angin...jadi angin ada? tapi Ayish nampak tak?..Ada tapi tak nampak..

Allah tu rupa dia macam mana? macam air hujan?...ALLAH TAK SAMA RUPA DENGAN YANG AYISH BAYANGKAN..kalau macam air hujan, jatuh ke tanah kotor lah..Allah tu suci..

Tuesday, September 8, 2009

SAMBAL MANGGA

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, pokok mangga kesayangan mama akhirnya berbuah semula...bukan sebarang mangga tauu...benih sepokok yang dibeli di UPM tahun awal 2000 tu agak mahal tapi berbaloi beli....bayangkanlah baru putik yang gugur, rasanya seperti sebiji mangga kampung yang hampir masak di pokok..dah 4 hari putiknya gugur, mungkin kerana cuaca yang agak panas dan angin yang agak kuat. Yang agak kecil diberi bugs bunny makan, yang sebesar penumbuk nak buat sambal....hmm dah siap pun tuk berbuka nanti...

Mereka yang pernah rasa mangga ni insyaAllah teringat-ingat..sedapppp....dah masuk 3x berbuah lebat. sekali berbuah adalah dalam 300biji walaupun tingginya cuma lbhkrg 3meter...puas gak lah fasa kita dan fasa sebelah rasa ..bila masak dipokok, carilah dalam bandaraya ni, tak jumpa lazatnya tak sama dengan mangga siam...pokok tu nak membesar sampai nak berbuah memakan masa hampir 5 tahun...orang kata lebat daun je...masa tu rasa macam nak tebang je tapi tengok pokok mangga teringat arwah moyang buat...kalau pokok tak berbuah ikut petua dia.... nak tau macam mana...tapi mama tak ikut..Gini citenya....alkisah.

Masa tu mama kecik lagi baru sekolah rendah...moyang datang umah. Nenek suruh mama kemas sapu sampah keliling umah. Atok rajin, banyak tanam pokok buah-buahan, rambutan, pisang mangga, kelapa di belakang umah, tebu...nak makan buah bila musim taklah susah sangat. Panjat je. Aku suka baca buku atas pokok rambutan. Buah mudaa baru nak kuning pun lalu semacam...daun kering punya banyak..cakap dengan mak, pokok mangga yang tinggi sebatang tak berbuah sekian lama..moyang kata nanti tolong moyang malam esok..ya lahhh..

Kebetulan malam esoknya bulan mengambang penuh... moyang ajak mama turun tanah. Dia suruh mama menyahut satu ayat lepas dia cakap... Moyang mula menggoncang pokok mangga macam beruang buat...ENGKO NAK BERBUAH TAK?? Mmmm...mama panik. ENGKO NAK BERBUAH TAK???????..........suara moyang agak keras, bagi signal kat mama tuuu suruh jawab...
Mengeletar mama jawab...Moyang ulang lagi...ENGKO NAK BERBUAH TAK.....YAA AKU BERBUAH....suara moyang semakin kuat mengulangi soalan yang sama.....Ya Allah mama bayangkan masa tu badan mama berbuah mangga...panik takut tapi kena jawab...ENGKO TAK BERBUAH AKU TEBANG KO...... BAIK-BAIK AKU BERBUAH....HA BAGUS..DAH NANTI DI BERBUAH..confident moyang cakap..Mak Lang Nizan yang memerhatikan melalui tingkap ketawa terkekek-kekek....ABISLAH ENGKO BERBUAH PAS NI....

Kalau ikut pengajian mama sekarang, memang sah ramai orang gila waktu bulan mengambang penuh.Disebabkan hormon tak seimbang berikutan daya tarikan graviti bulan penuh..Memang sah mama takut giler waktu tu....Hiii... Ini jangan ikut ya sayang, kepercayaan khurafat.. tapi yang jelas moyang mama selalu berdoa untuk kebahagian anakcucunya dan moyang tak pernah tinggal sunat Dhuha..... Apa jadi pada pokok tuu?? Ya kebetulan aje dia berbuah bukan mama.. kuasa Allah,, Allah Maha Pemurah. Dia bagi apa kita mintak, Dia sayang hamba-hambanya...siapa tak mintak doa pada Allah , dia orang yang sombong...

PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN
KITA TAK MINTAK, ALLAH TAK INGIN beri pun....
Jadi mintaklah apa saja yang baik-baik sempena bulan penuh rahmat berkat dan keampunan ni..

Mangga mangga siapa nak beli mangga.........................tengah tunggu HPA mai beli...

Monday, September 7, 2009

RADIO MESRA ALAM.........

Masa kecik2 dulu nenek selalu pesan dan nasihat bila-bila saja dia nak cakap..dia rasa perlu cakap dia akan cakap..itu cara nenek mendidik mama, yang mama anggap suatu masa dulu, nenek suuuka berleter... bila dah semakin matang apa lagi dah ada anak sendiri, barulah tahu itu adalah salah satu cara ibubapa menunjukkan kasihsayang pada anak-anak...dulu kami 14 beradik selalu gelakkan nenek...Radio dah start....sekarang turn mama pulak kan...pantang tengok muka aqib,echa,ertai, nujoi, ayish dengan Doll2 masuk sekali.. ada saja omelan mama..tapi rasa-rasanya kalau banding nenek anak 14 dengan mama anak 5, agak-agak mana penat? 14? takkk....salah tuu......dulu budak sebaya uu all baik banyak dari u all tau....Apa? tak expose technology? ya lah tuu..sepatutnya kelebihan tecnology yang ada masakinilah yang kena digunakan secara berhemah dan dimanafaatkan secara maximum untuk kebaikan, betul tak?
Anak2 mama mesti beranggapan bahawa orang bertamadun dan maju itu dilihat pada kemajuan dan pencapaian segulung master, barangan mewah, rumah bungalow yang terasing jauh dari kesibukan manusia konon2 privacy, handphone melipat2 ...melepak dan berkumpul di tempat exclusive ..betul tak? Belum tentu sayang..bagaimana dengan cara kehidupan harian dan cara mereka mencari kebahagiaan andaikata mereka tidak mahu menoleh langsung tempat-tempat suci (yang dah banyak dicemari...) seperti masjid dan surau. Tak hirau masyarakat sekeliling, jiran tetangga dsb nya. Sibuk dengan hal sendiri, sampaikan tak sempat langsung nak angkat bibir senyum kat jiran sebelah menyebelah yang lalu...Contoh orang yang bahagia nak tau tak?? MAMA lahhhhh..he he..Mesra alam.......mama dok sini boleh bercakap dengan jiran-jiran 40 orang sejauh 360 darjah pusingan.....bengganggg ke???????? Ingat tak mama cite kisah nyonya 2 orang dalam bas panjang Lien Ho dari Yong Peng sampai Batu Pahat. Satu dok depan satu dok belakang sekali, boleh berbual sekuat hati sepanjang perjalanan. Dah lah panas sempit berasak-asak..dia orang wat macam radio ERA....PANASSSSSSSSS!!!!! Itu lah contoh mesra alam zaman dulukala. Masyarakat ramah dan tidak sombong.............

Sunday, September 6, 2009

BIAR KEPALAKU BAU TANAH DARI......

Diam tak diam dah hampir seminggu tak cuci rambut sebab SYAMPOO AROMATERAPHY CENTELLA HPA ku habissssss......nak ke cawangan, badan masih belum kuat selepas menjalani fisioterapi kali ke 3 ni.....eCHA dah kutuk sebab tak mau pakai syampoo dan lipstik dia nak bagi...hiii time kasih lah sayang,,, biar kepala mama ni bau tanah kubur dari guna syampoo ada gelatin babi tuuuuuuu....kan mama pernah botak kepala sebab terasa geli yang amat sangat dulu, tahun 2007 bulan Mei?????tobat nasuha mama tak tau pmpn tak boleh botak kepala......Ampunkan aku Ya Allah, aku tak tahu, bodoh amat disisimu...berilah aku petunjukmu dan berilah aku seorang pembimbing yang beriman dan taqwa.....

SAHUR YANG SEPI DI HARI NUZUL QURAN

Bila hati dah jauh dari Allah, kesepian menyelubungi kehidupan..mulut automatik terkunci tidak bersuara, omelan dan celoteh yang kebiasaannya mengiringi suasana sahur tersekat dikerongkong...tidak boleh diluahkan..senyuman yang tidak lekang dari bibir juga kelat tersimpan dalam sanubari...22 tahun melayari lautan kehidupan'' aku bersama aku" tapi masih tidak mengenali siapa aku..mungkin sikap tidak pernah mau mengambil tahu kerana tertera ''TIDAK PENTING'' ....sesat atau hilang arah atau ditinggalkan..ntah..DIMANA TALI KU..oh ya.. disini..Terima kasih YaAllah, ...berpautlah aku dengan tali Rab ku..insyaAllah tidak aku sesat selamanya...

Sempena Ramadhan bulan penuh rahmat dan keampunan serta barakah ini,aku mengumpul kekuatan mencari keredhaan Mu.....

YA ALLAH.......Berilah kami rahmat, keampunan dan limpahan kasihsayang,dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk kami dengan keberkatan rezeki yang berkekalan, perlindungan dan umur yang panjang dengan penuh manafaat sehingga akhir hayat serta keimanan yang semakin menebal bersama lewatnya hari-hari yang kulalui... jauhi kami dari azab neraka dan siksa kubur.Ya Allah,aku berlindung denganmu dari menjadi orang yang munafik dan fasik.Aku berlindung denganmu dari kesulitan bencana,kehinaan,kesilapan membuat keputusan dan kebencian para musuh.


Thursday, September 3, 2009

DOL SAKIT


Sudah masuk hari ke 3 Doll tak lalu makan. Puas mama bagi macam2..dah gorengkan keropok, ayam goreng dan ikan rebus,air,..tapi semua Doll reject..Nape Doll....?mama risaulah..dah gitu bila mama mula nak buat kerja mama, sibuk merengek..tak layan je Doll gigit..tak mau kawan Doll lagi...

Ooooo......sekarang baru mama faham...mama dah nampak!! kaki Doll luka ya...hii..dalamnya luka Doll..bila kena ni...

Doll nak lari, cepat pegang..sini mama tuang minyak BUT-BUT.....Ini mesti kes gaduh..kena buli kann.....??Dalam sebulan mama jaga Doll ni, dah kali ke 3 ni Doll cedera..pertama, masa Doll dah pandai main kat luar rumah..luka kat perut, dalam gak...ke 2, balik jalan petang hari dah nak masuk maghrib pun, kaki bengkak sebelah..cubalah jangan merayau tak tentu hala...selalu teman mama solat, duduk atas sejadah..kan bagus... tapi jangan buat perangai pelik lagi,...suka sangat jilat tempat mama sujud. Manis ke? Mama ada diabetes ke...he he..


Wednesday, September 2, 2009

ALHAMDULILLAH..ALLAH BERI KU TEMAN

Suatu hari di bulan Julai, seperti biasa, hari sekolah, mama ambil adik dari tadikanya..menunggu adik di pagar TADIKA SETIA KASIH di taman kita yang indah dan damai tidak sesekali menjemukan..seekor kucing yang comot dan kotor penuh berkurap di telinga dan muka memandang mama..nampaknya dia juga menunggu seseorang atau sesuatu di pintu pagar yang sama..bezanya dia menghadap jalanraya dan mama menghadap sekolah...kami berpandangan serentak..agaknya dia terasa mama jijik..tiba-tiba menderu suara kanak-kanak keluar sekolah...seorang demi seorang kanak-kanak belari keluar.. kucing tadi merenung seorang demi seorang yang lalu di hadapannya..kadang-kadang nampak macam dia nak mengikut, tapi bila kanak-kanak tadi masuk ke dalam van dan kereta yang menunggu dia duduk kembali..jiran-jiranku seorang demi seorang lalu di depanku sambil tersenyum menyapaku dan memegang tangan anak..lambatnya Ayish,hati dah mengetus..tiba-tiba dia belari keluar menjerit.."MAMAAA.."hemm macam biasalah dia terus mula bercerita dan bercerita tentang kawan-kawannya Mustakim, Hazim yang mengorek pensil warnanya sampai kontot lagi, Haziq yang sering membulinya,........cikgu Shila yang sering marah-marah (almaklum sedang mengandung anak ke 2), dan baru kami perasaan , kami sedang diekori...LAAA..kucing kurap tadi..
"Mama, kucing ni ikut kita la..dia suka saya ke.."
"Yalah tu.."
"Kenapa dia ikut kita, dia tak ada rumah ke.."
"Ada"
"Kat mana?.."
"Ntah.."
"Nape dia ikut saya?.."
"Dia lapar ke haus ke sakit ke..."
"Tuan dia tak marah ke dia ikut kita??.."
"Tak tau..."
"Mama bagi ke dia ikut kita? "
"Tak.." mama terus berhenti..ishh, kucing tu pun berenti gak..
"hei, jangan ikut aku, pegi balik..gii.." meleset lak dia kat kaki aku, ergh geli geleman kena kurap dia...kami sambung jalan..dia ikut gak..ntah kali keberapa kami mengusirnya, sampailah Ayish bertanya.."mama boleh saya bela dia?/....mama berhenti dan terus memandangnya..
"Ayish nak kucing ni?"
"Ya saya nak bela..boleh tak?"
"Mama tak kisah tapi tanya ayah dulu.."sambil mama mengeluarkan handphone..mendail no ayah..terus bagi tau ayah, ada seekor kucing follow kita orang dan Ayish nak bela..soalan pertama ayah seperti biasa.."CANTIK KE????"..
mama jawab, tak ..comot dan kurus kering..""JANTAN KE BETINA?"
mama tak tau..nampak ada misai..nak pegang geli, busuk...mama suruh Ayish cakap sendiri dengan ayah..
"Ayah..ada kucing ikut saya..boleh saya bela? dia suka saya nak ikut saya balik..boleh tak ayah?"
"Ayish suka ke?.."
"Suka.."
"Ha yelah..."Ayish terus cakap , ayah bagi saya bela...
"Time kasih ayah.."
Suka sangat dia dan kucing tadi ikut sambung jalan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sebaik sampai pagar ,kucing tadi memeriksa persekitaran, memanjat pokok mangga dan pasu-pasu bunga. Kami beri makan baki ikan kelmarin dan semangkuk air. Lahap betul dia.Macam-macam dalam fikiran mama.Ntah kucing sapa lari dari rumah ni.Agak mama lah kucing ni mesti terbiar sebab ada banyak kucing lain.Mujurlah engko kucing, ada gak orang punggut, kalau mama kat tempat engko, belum apa-apa orang pandang semacam...paling tidak, orang jeling....
Kami beri makan di luar rumah. Amboi...dah kenyang menonong masuk rumah. Hei! Sapa beri izin masuk ha? Beri salam pun tak.....ish kalau dia beri salam, mama gak yang terkedu kang..he he..Ayish apa lagi, terus kunci pintu, katanya dia tak nak kucing ni keluar lagi....
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Mama nak merawat kucing ni sambil macam biasa lah Wat Ujian kat kucing ni lak.. MINYAK HERBA HPA MENGGANTIKAN MINYAK BUT-BUT YANG HABIS..mama sapu muka dan sebelah telinganya dengan minyak herba dan sebelah lagi telinga, mama sapu minyak dari satu jenama yang dah agak lama dalam pasaran..Semasa sapu minyak herba dia diam tapi bila sapu minyak satu lagi dia menggeletek dan meronta kepedihan...terus lari..sembunyi..Agak lama dia menjilat dan membersihkan badannya dari minyak-minyak tadi. Ayish tanya dia buat apa dan mama jawab dia mandi..macam tu ke kucing mandi? Ya.. Nape dia tak pergi bilik air basuh badan dia? Kalau dia amik gayung nanti Ayish takut.. Ayish ketawa...mama mula buat keje dapur bila sedar-sedar Ayish dan kucing belari-lari.Ayish cuba menangkap kucing tadi.
Ayish mula main dengan kucing. Bau najis kering yang melekat di kaki kucing dengan muka dan telinga yang berkurap mengeluarkan aroma yang sungguh pilu dan sendu tapi SUCI SEKEPING HATI seorang anak kecil memadamkan semua itu...seolah-olah mengerti keinginan Ayish untuk bermain, kucing tadi belari-lari dan Ayish mula mengejar. Kucing tadi mengendap Ayish di bawah meja dan bila Ayish lalu di tepi meja dia belari keluar mencuit kaki Ayish dan terus Ayish mengejar lagi..melompat atas meja kopi berdua, menyorok dan bergumpal, memeluk kaki Ayish, bersembunyi di bawah meja berdua dan bila mama lalu, dia memeluk kaki mama dan terus lari..
Mama duduk memerhatikan gelagat mereka berdua..paling tinggi usia kucing ni 6 bulan..masih kanak-kanak kecil.

CINA ISLAM (林川興): Sering merendah diri antara enam tanda taubat diterima

CINA ISLAM (林川興): Sering merendah diri antara enam tanda taubat diterima

"HIKMAH" 2 SWOLLEN FINGERS

My 2 swollen fingers contributes my bad sleep as well recently...housework? its understood, right? no ending story...being mother of 5 + 2 bugs bunny+ super duper hiperactive cat together with bugs and insect (my youngest collection) ..life is superb hectic...but its worth...HOME SWEET HOME!! This phrase keep taunting me< <<<
HOUSE IS MADE BY HAND

HOME IS MADE BY HEART >>>>>>>>>>>from Pontian..how r u?

My swollen fingers? Yupp..2 fingers, huuu..ugly..pain..my sister in law push my 2 unlucky fingers very very hard..she was joking..that was 5 years ago, during RAYA CELEBRATION ...just year before my father in law pass away....yes painful untill now n i try hard to get treatment for it including doing accupunture and cupping..since my precious hand , i used to do massage treatment for woman after delivery... as my side income...I NEVER REGRET...becoz there will always there stg good on the other side of any incident..the truth is here..if i continuosly doing massage till today, my life is much more misserable...Maybe haunted by fitnah/gossip..so Allah S.W.T stop it early, knowing that i m too weak to face the trial...ALLAH is not cruel. Allah knows me well, always give me the best..the best...the best....I WANT TO DREAM HEAVEN TONITE...Good nite, ya habibi...

DEEP SLEEPING

FINALLY i had my DEEP SLEEPING last nite soon after i soak my foot in the hot salted mountain water...i can't remember whether i have dream or not..but i always wonder, do dreams colourful as it is..or... our imagination that colours the image......?? One thing for sure,my dream is always black n white becoz its dark...i can't sleep with the light on...otherwise my body can't produce Melatonin Hormon that keep me smile n calm the day after...

Monday, August 31, 2009

GOOD BETTER BEST

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah huallah huakbar...
Shukran shukran shukran Ya Allah,YA Rabbi..thank You...
I heard birds whistling outside my window,..sound sweet as usual..slowly i opened one side of my eyes, lazy....smile to myself as well.. out of sudden Daxi Baxino king horizonto the 3rd cross my mind..(where r u).. lying beside me, small litte boy mysweetheart...i touch his nose, he pull my fingers,,hi hi..u look so plain n innocent,,,i kiss his cheek..thanks Allah.. .I m still alive till now, may be for another day, an hour or ....before u call me home..its just a short journey n its just a short period..its a trial place for me...within this short period i have gone thru hourly, daily test, monthly test, yearly exam, short term and long term trial...my result> scaring me<....i m no where..too tiny..nothing i could proud of..shy to present.....Ya Rabbi...forgive me..bless me..i m not qualified for any reward..i begged u ALLAH, FORGIVE ME..I M SCARED

Its a beautiful world..hiii what a sound..my PINKY and PET THE BROTHER making noise..My 2 lazy bugs bunny....ALARM!! I jumped out my bed===SAHUR SAHUR SAHUR...Masyaallah..ya habibi, i haven't prepare anything yet for my 5 little children...today fullhouse,they were home again...

My sincere feelings to cook make me always happy cooking for others ...to see them rushing for seats n listening my little cute boy praying for DOA kept me smiling while cooking. My 3rd always complaining for i seldom eat together with them..seeing them eating i m fulled..somemore i takes herbs constantly for past 10 years..n as a result, my body maintained like 30s...Always in my mind...."JADIKAN UBAT SEBAGAI MAKANAN MU DAN MAKANANMU SEBAGAI UBAT" means 'MEDICINE AS FOOD AND FOOD AS MEDICINE' ...oh no..surely not drugs (even being allowed) in my list for sure....or otherwise NII NII NII... ambulance outside my door...mom n sibling always told me that i m the worst cook in the world,,tasteless,,,,,,its very true....elehhh its ok...who cares, i m sincere to do it,..always volunteer...n always ready to listen to any complain.....he he he..first person to complain is my 7th sister..bla bla bla...last she gathered dirty dish n bowl ordered me to wash...well as time passed by i improved a lot..my first dish was " fried egg" which turned to be "burnt egg"....nowadays egg turned to chicken already...the secret is==== GOOD BETTER BEST
NEVER LEFT IT REST ,,,
TILL YOUR GOOD IS BETTER,,,,
N YOUR BETTER IS BEST.................Mm i right????????? That was my late teachers' Allahyarham CIKGU DAUD advice before i left for boarding school..Alfatihah for him. Somemore always start cooking with BISMILLAH n continue Salawat for Rasullullah s.a.w..Insyaallah.....delicious to me n my children.. may be not to outsiders.....

At last , its now 4.30a.m lay on the marbled round table...teng teng teng!! FRIED CHICKEN...MUSHROOM SOUP WITH BLACKPEPPER,SAMBAL BELACAN (of course Melaka made..clean and no colour added) , FRIED CHEMPEDAK,CHICKEN CURRY PAU,yesterdays' KORMA JELLY DESSERT, ORANGE,RADIX DIET COFFEE n ALerGy TEA for everybody .....yummy yummy...i shouts exactly like Tarzan....BAAANGUNN!!!..sounds that makes everybody feel like to swaaallow me...early too early >>.....but guaranteed you,,,it works....hi hi...
RADIX COFFEE in my hand, i sit infront LCD n TADARUS AL QURAN still on.....MASYAALLAH...RINDU.... RINDU.....RINDU......my tears drop slowly, warm n i feel like to fly, to be there,.....really miss u so much...AZAN SUBUH....Mom where r u...Dad, i hope u r still alive...i need u so much, hug me DAD..Al-Fatihah..

AHLAN WA SAHLAN TO MY BLOG

Assalamualaikum w.b.t ...Here i m at last...on our study table in the middle of the family space..wait..(Doll disturb me..5min past..) she wants to eat..i send her to dining hall ---wait...(Doll is here...let me see her first......)she disturbed my laptop..she kissed me, yeah whats up Doll? okay, i get u...lets jom...back to the kitchen,..she didn't touch her food at all? y? she don't like it..i threw everything in the bin n fry 'fish chips 'keropok ikan' for her...she refused too..hey girl, whats up?maybe its still hot..i leave her at the back..(wah...15min passed..) well, i just want to welcome u to my new blog, which i've started with the help of Nujoi Anak Manja 3 days ago...wonderful girl,cute n fair..with straight hair considered tall for her 13 age...AHLAN WA SAHLAN....Oooph..again..(she stepped her hand on my laptop..wait...)...adoi sakit lah....what//// ?.....my flower spoilled ..oop my pen falled down...k, come..(i gave her some water)..don't want Doll? so what do u need little girl? i enter my room n she follow me to bed..she need a nap..i turned on fan n together we sleep..(45 min passed...)